Selalu Sakit Bila Duduk Dekat Rumah, Anda Mungkin Hidap ‘Sick Building Syndrome’

Health & Fitness
9 Nov 2023 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selalu alami masalah kesihatan seperti sesak dada dan pening kepala sampai perlukan rawatan di hospital?

Korang mungkin alami perkara yang sama seperti seorang wanita yang berkongsi di laman sosial X, di mana dia sudah hampir sebulan kerap diserang demam sehingga dia mula berfikir mungkin terkena gangguan makhluk halus.

Seorang pelayar di X, flwrsxB memberi cadangan supaya dia menukar cadar dan mencuci kipas kerana berkemungkinan terdapat kulat (mold) dalam bilik.

Malah, pelayar itu turut berkata gejala yang dialami wanita itu mungkin ada kaitan dengan sindrom bangunan sakit atau sick building syndrom (SBS).

Sick building syndrom (SBS) yang mana individu di dalam sesebuah bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.

Tambahan, mereka yang mempunyai SBS akan rasa sakit kepala, sesak nafas, sakit tekak, bersin, sukar untuk fokus dan pedih mata akan berkurangan atau sembuh selepas keluar dari bangunan tersebut.

Menurut Public Health Malaysia, terdapat 10 faktor yang menyumbang kepada SBS:

  • Sistem pengudaraan teruk
  • Persekitaran kotor dan berhabuk
  • Pencahayaan tidak sempurna
  • Kewujudan kulat dan lumut
  • Asap rokok
  • Bau bahan kimia daripada perabot dan lantai
  • Peralatan komputer lama
  • Najis haiwan dan serangga
  • Persekitaran yang bising
  • Bau bahan kimia dari produk mencuci

image is not available

Namun begitu, SBS ini hanya boleh disahkan sekiranya 20 peratus daripada penghuni bangunan mengalami gejala dan mengadu kualiti udara tidak baik.

Sebelum ini kami ada kongsikan, 5 petua untuk hilangkan masalah hidung tersumbat bagi korang yang sering mengalaminya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Dengar cerita Kelantan ada dua pergaduhan, biar betul??! kelantan#gaduh#pelanggan#ohtidak#ohmedia#hj

♬ Dj Myyy Humpss – DJ BAHBUS