“Selamat Bercuti” – Iklan PTPTN Di KLIA2 Buat Ramai Peminjam Sentap!

LocalPersonal Finance
17 Mar 2025 • 6:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
PTPTN KLIA2

Ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih bergelut untuk melunaskan hutang pendidikan mereka. 

Meskipun pelbagai kaedah ansuran diperkenalkan, kadar pembayaran balik masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Iklan PTPTN di KLIA2 buat ramai tersentap

@azrieidzmeer

Kita bayar tau @PTPTNOfficial tapi mana yang tak, mesti terasa kan? #ptptn #airport #klia2 #travel #airportvibes #klia #hutang

♬ sad SpongeBob music – michael

Terbaru, tular video di Tiktok yang memaparkan satu iklan PTPTN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana mesej tersirat yang disampaikan kepada peminjam.

Selamat bercuti kepada semua pelanggan PTPTN. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik anda.

Ramai netizen yang tersentap dengan mesej ini kerana ia seakan-akan menyindir peminjam yang mampu melancong tetapi masih belum membayar hutang PTPTN.

Netizen beri pelbagai reaksi

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa peminjam perlu bertanggungjawab dan melangsaikan hutang pendidikan mereka.

Kalau mampu travel, mesti mampu bayar PTPTN juga kan?

Kreatif cara PTPTN tarik perhatian peminjam. Sempat lagi sindir tu.

Yang terasa tu… mungkin dah lama tak bayar PTPTN.

#ApaKataOhmedia

Buat peminjam PTPTN, bayarlah hutang mengikut kemampuan supaya tidak membebankan masa depan anda. Banyak pelan ansuran disediakan, jadi manfaatkan kemudahan yang ada!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


The post

appeared first on

.