'Selamat hari lahir suamiku.' Terpisah antara dua dunia, ucapan hari lahir Hidayah buat arwah Abam Bocey undang pilu

LocalEntertainment
20 Jan 2025 • 11:23 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RINDU tiada berpenghujung buat arwah suami, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali saban tahun tidak lupa menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat lelaki kesayangannya.

Meluahkan perasaan menerusi hantaran di Instagram, usahawan kosmetik yang memiliki sebuah kafe di Sungai Besar itu mengakui masih mencintai suaminya biarpun sudah lima tahun kembali ke rahmatullah.

"19 Januari 2025, selamat hari lahir suamiku tersayang. Genap umurmu 37 tahun.

"Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta dan sayang kepada abang masih seperti dahulu.

image is not available

Pengikat cinta, anak kita Syed Uthman Hamzah. Al-Fatihah suamiku Syed Umar Mokhtar," coret Hidayah yang turut memuat naik video beliau dan arwah.

Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Hidayah.

"Ya ALLAH sebak pula tengok video ini. Al-Fatihah buat Abam, moga Dayah dan Hamzah baik-baik sahaja."

"Al Fatihah buat arwah Abam, semoga tenang di negeri abadi."

image is not available

"Bertuahnya Abam punya isteri seperti Hidayah, moga berbahagia selalu. Al-Fatihah untuk Syed Umar Mokhtar."

Artikel berkaitan:

Untuk rekod, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan merupakan bekas peserta Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3.

Abam yang merupakan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey meninggal dunia pada pada 10 Februari 2020 akibat demam panas ketika berusia 32 tahun.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia enam tahun.