Selamat Jadi Isteri Orang, Reen Rahim Kini Milik Ahmad Nur Hazim 

25 Dec 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Reen Rahim dan Ahmad Nur Hazim kini sah bergelar suami isteri. - Gambar Instagram Reen Rahim

Pelakon Noreen Ashikin Abdul Rahim atau Reen Rahim, 34, menamatkan zaman solonya apabila memilih jejaka pilihan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 38, sebagai pasangan hidupnya. 

Hanya dengan sekali lafaz, Reen sah bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim kira-kira jam 9.05 malam dalam sebuah upacara akad nikah yang berlangsung di di BoraOmbak, Marina Putrajaya, malam tadi. 

image is not available
Gambar Instagram Reen Rahim

Pasangan ini dinikahkan bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim. 

Sama cantik dan sama padan mengenakan busana rona putih sedondon, pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun ini diraikan hampir 400 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak dalam majlis yang dengan cukup meriah. 

image is not available
Gambar Instagram Reen Rahim

Pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, malam ini. Terdahulu, Reen telah mengadakan majlis malam berinai bertemakan Bollywood di  di sebuah di D’ mass Villa, Pangsun Hulu Langat pada malam Jumaat lalu. 

Tahniah buat pengantin baharu, Reen dan Ahmad Nur Hazim. Semoga perkahwinan mereka akan kekal bahagia till Jannah. – Getaran, 25 Disember 2022