Selamat Jalan Kumpulan Pertama Jemaah Haji Musim 2023

21 May 2023 • 3:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia beratur menanti giliran untuk urusan perjalanan di KLIA awal pagi tadi. - Gambar oleh Azim Rahman

Penerbangan yang membawa kumpulan pertama seramai 284 bakal jemaah haji negara bagi musim haji 2023 selamat berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi tadi, 21 Mei 2023 bersamaan 1 Zulkaedah 1444H.

Kumpulan terbabit berlepas pada jam 2.05 pagi (21 Mei) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH 8056) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 5.50 pagi waktu tempatan (10.50 pagi waktu Malaysia) hari ini.

Majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji dari Kelantan dan Kedah itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman serta Pengarah Eksekutif Haji TH merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Seramai 31,600 jemaah haji yang merupakan kuota penuh rasmi negara akan berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima tersebut.

Getaran sempat merakam detik bersejarah pelepasan kumpulan pertama jemaah haji terbabit di KLIA awal pagi ini menerusi lensa kamera jurufoto Azim Rahman. - Getaran, 21 Mei 2023

image is not available
Kakitangan KLIA sibuk menyelaras bagasi kumpulan pertama jemaah haji negara ke Tanah Suci.

image is not available
Suasana sekitar urusan pemeriksaan bagasi kumpulan pertama jemaah haji awal pagi tadi di KLIA.

image is not available
Gelagat bersahaja seorang jemaah yang sempat melambai tangan sebaik menyedari dirinya dirakam jurufoto.

image is not available
Bagasi berisi ubat-ubatan milik jemaah yang lengkap dengan maklumat diri dan nombor telefon untuk dihubungi.

image is not available
Pegawai imigresen sedang tekun memeriksa maklumat pasport milik seorang jemaah di KLIA.

image is not available
Riak wajah sayu bercampur gembira salah seorang jemaah dirakam ketika beratur untuk pemeriksaan pasport dan bagasi

image is not available
Raut wajah gembira terpancar di wajah seorang jemaah walau berkerusi roda ketika kakitangan TH memeriksa dokumen miliknya sebelum berlepas.