Selamat Tinggal DALL-E, ChatGPT Kini Menjana Imej Dan Menyunting Imej Dengan GPT-4o

TechnologyDigital
27 Mar 2025 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DALL-E dilancarkan pada 4 tahun lalu oleh OpenAI sebagai model bahasa raya kecerdasan buatan yang boleh menjana imej. Selepas tiga tahun mereka hadir dengan DALL-E 3 yang kekal digunakan pada ChatGPT sehinggalah hari ini model baharu diperkenalkan.

Penjanaan imej dalam ChatGPT kini menggunakan model GPT-4o. GPT-4o sudah menjadi multi-model dengan pelbagai kemas kini. Setiap imej yang dijana lebih tepat dan lebih jelas mengikut kehendak pengguna, cuma kali ia mengambil lebih masa untuk diproses. Perkara paling menarik adalah model ini memahami teks dengan mendalam jadi setiap janaan bukan lagi ayat atau perkataan mengarut.

image is not available

Model ini turut membenarkan pengguna menyunting imej. Masukkan satu gambar sumber, kemudian masukkan logo dan boleh beri arahan untuk menjana imej pengolokan baharu mirip imej sumber. Model ini terhad kepada pelanggan ChatGPT Pro, Plus, dan Teams dengan akses kepada pengguna percuma ditunda pada tarikh yang akan datang.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved