Selamat tinggal Sri Pentas

LocalEntertainment
21 Oct 2024 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Media Prima melabuhkan tirai daripada bersiaran di Sri Pentas. Foto: Instagram, Rizalhakimm

SHAH ALAM - Operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad (Media Prima) akhirnya melabuhkan tirai daripada bersiaran di Sri Pentas, Bandar Utama pada Ahad.

Selepas beroperasi lebih tiga dekad di Sri Pentas, Media Prima secara rasmi bersiaran penuh di Balai Berita New Straits Times Press (NSTP) yang terletak Bangsar mulai 21 Oktober.

Kini rangkaian televisyen berkenaan bakal bekerja di bawah satu bumbung dengan semua platform media The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang menempatkan jenama di bawah Media Prima seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

Perpindahan operasi bagi saluran TV3, TV8, TV9 dan Didik TV ke premis baharu itu telah menawarkan studio dengan peralatan baharu adalah langkah yang relevan untuk bergelar sebagai syarikat media yang inklusif di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved