Selamat Tinggal Streamyx!

TechnologyDigital
19 Mar 2025 • 5:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia kini nampaknya telah menamatkan perkhidmatan Streamyx / Unifi Lite, selari notis sebelum ini mengatakan akan menamatkannya pada 18 Mac 2025. Halaman pada web rasmi TM kini memaparkan notis penaik-tarafan Streamx atau Unifi Lite ke Unifi Broadband, dimana para pengguna boleh menyemak kelayakkan naik-taraf pada akaun masing-masing.

Streamyx sebelum ini telah menjadi salah satu perkhidmatan internet yang memulakan akses internet lebih pantas, sebelum tibanya era internet berasaskan gentian optik.

image is not available

Streamyx ditawarkan sejak 2001 lepas, dan ketika pengenalan ia hadir dengan pakej berkelajuan 384kbps. Ketika pengenalan juga, ia hadir dengan sokongan panggilan suara tanpa had untuk telefon rumah, selain akses internet tanpa had – berbeza dengan dial-up yang perlu dibayar berasaskan penggunaan. Ia juga turut hadir dengan akaun emel @streamyx.com yang turut digunakan ramai pada suatu masa dahulu. Perkhidmatan emel ini telah ditamatkan oleh TM lebih awal sebelum ini.

Streamyx pernah menawarkan kelajuan sehingga 8Mbps menggunakan sambungan berasaskan talian tetap. Telekom Malaysia seterusnya telah mula memperkenalkan perkhidmatan internet berasaskan fiber sejak 2010 yang lepas, dibawah jenama Unifi. Dengan penamatan Streamyx ini, ia sekaligus menyertai beberapa jenama Telekom Malaysia yang telah berkubur, termasuk Bluehyppo,

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved