“Selamat Ulang Tahun Di Syurga” – BCL Titip Ucapan Buat Arwah Ashraf

LocalEntertainment
18 Sep 2024 • 3:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menzahirkan ucapan ulang tahun buat arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

image is not available

Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, BCL juga meluahkan rasa pilu kerana tidak dapat menyampaikan cerita dan ucapan ulang tahun kepada arwah tahun ini.

“Saya rasa seperti banyak untuk diperkatakan, banyak cerita untuk dikongsi, tetapi saya tidak tahu untuk katakannya,” tulisnya pada Selasa.

Bunga turut menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Ashraf yang pernah menemani ketika waktu susah dan senang sepanjang menjadi suami ketika hayatnya.

“Terima kasih untuk semua memori yang indah, segala usaha yang kita lakukan, kegembiraan, ketawa dan air mata yang kita kongsi bersama,” ujarnya.

Malah, penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ itu menganggap Allahyarham Ashraf sangat bermakna buat dirinya dan orang lain yang menyayanginya.

“Awak sangat bererti buat saya, dan semua yang menyayangi awak,” tulisnya lagi.

image is not available

Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

Ibu kepada Noah Sinclair itu juga meluahkan rasa rindu terhadap arwah dan berdoa untuk kebahagiaannya di alam sana.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat turut berasa sebak serta menitipkan al-Fatihah untuk arwah.

Al-Fatihah, terharu baca…

image is not available

image is not available

Sedihnya…

image is not available

 

Terdahulu, Ashraf yang juga seorang pelakon Malaysia meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

image is not available

Selepas hampir empat tahun, BCL kemudian bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Tiko Pradipta Aryawardhana pada 2 Disember tahun lalu.

Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari