‘Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 Azizah’

LocalPolitics
26 Feb 2026 • 5:27 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut merakamkan penghargaan atas segala kasih sayang, pengorbanan serta doa yang tidak pernah putus sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Anwar menyifatkan Dr Wan Azizah itu sebagai cinta hati yang sentiasa setia mendampingi beliau dalam setiap suka dan duka, termasuk ketika berdepan pelbagai cabaran dalam perjuangan politik dan kehidupan.

“Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup lebih empat dekad.

Hantaran berkenaan turut dihujani ucapan tahniah serta doa daripada orang ramai yang mendoakan agar rumah tangga mereka terus kekal bahagia dan dirahmati.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved