Selamba Bagi Kawan Bergambar Pegang ‘Machine Gun’ & ‘Upload’ Di Media Sosial, Anggota Polis Terus Disiasat

13 Jan 2023 • 1:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara membenarkan rakan memegang dan bergambar dengan senjata api miliknya, seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Johor Jaya kini disiasat.

Tular di media sosial gambar menunjukkan seorang lelaki yang memakai uniform polis sambil menghisap rokok sementara orang awam yang di sebelahnya sedang bergaya untuk gambar sambil memegang HK-MP5.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, ia diambil pada jam 2.43 pagi ketika anggota polis tersebut sedang bertugas membuat pengawalan.

image is not available

Ketiga-tiga mereka yang terlibat berusia 25 tahun dan gambar berkenaan diambil pada Rabu, 11 Januari bertujuan untuk kenangan namun ia juga telah dimuat naik di platform media sosial.

Membenarkan orang awam memegang senjata api semasa menjalankan tugas adalah satu kesalahan dan dia telah melakukan pelanggaran disiplin.”

Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam dan tindakan itu boleh diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

image is not available 3 minggu lalu

Dolla Ditahan 3 Lelaki Mengaku Anggota Polis, Siap Ambil Gambar IC - "Tak Tahu Betul Atau Scam"