Selamba Betul Rompak Kedai Emas Dalam Pusat Beli-Belah

18 Jun 2024 • 8:10 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pengunjung sebuah kompleks membeli-belah di Kajang, Selangor berdepan detik cemas apabila empat lelaki bertopeng dan bersenjata merompak sebuah kedai emas dalam bangunan tersebut pada petang semalam.

Menerusi rakaman video orang awam, empat orang suspek dilihat memakai baju seperti pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap memecahkan cermin pameran emas menggunakan tukul besi dan mengambil barang kemas walaupun ketika itu ramai pengunjung berada dalam kompleks beli-belah. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Mohamad Nasir Drahman berkata kejadian dipercayai berlaku jam 3.17 petang dan kesemua suspek kemudiannya melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah pusat beli-belah berkenaan. - Getaran, 18 Jun 2024

@getaranmy Dalam kejadian pada petang Isnin itu, sekumpulan perompak berjaya membawa lari sejumlah barang kemas. Video: Orang Awam #getaranmy #semasa ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved