Selamba Buat Aksi Wheelie, Polis Kini Buru Pemuda Berbaju Melayu

26 Apr 2023 • 9:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Video tersebut tular di media sosial

Selamba Buat Aksi Wheelie, Polis Kini Buru Pemuda Berbaju Melayu. Polis kini memburu seorang penunggang motosikal berbaju Melayu yang tular melakukan aksi wheelie di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat dekat Kota Bharu.

image is not available
Selamba Buat Aksi Wheelie, Polis Kini Buru Pemuda Berbaju Melayu. Kredit: Utusan TV

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pihaknya telah mengarahkan anggota JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut.

Kerana menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya

Jelas kenyataan itu, penunggang motosikal telah melakukan aksi berbahaya di bawah kesalahan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available

“Penunggang motosikal juga diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi siasatan lanjut.

Orang awam juga diminta tampil memberikan maklumat berkaitan lelaki berkenaan

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkan ke JSPT Kontinjen Kelantan atau balai polis berdekatan,”

image is not available

Sejak semalam, tular sebuah video di laman sosial memaparkan aksi penunggang motosikal dan pembonceng wanita berbaju rona biru melakukan aksi wheelie.

Baca lagi artikel menarik: