Selamba lawan arus, rider berang ditegur pemandu – “Kau nak gaduh?”

Cars
27 Jun 2024 • 4:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang rider berang ditegur pemandu kereta kerana membonceng motosikalnya lawan arus.

Menerusi satu perkongsian di X, @update11111 telah memuat naik satu video memaparkan pemandu kereta tersebut sedang keluar dari parkir kereta.

Selamba lawan arus!

Secara tiba-tiba sebuah motosikal rider makanan segera Domino lalu di hadapan keretanya sehingga membuatkan pemandu tersebut hampir-hampir terlanggar rider tersebut.

Pemandu kereta itu kemudian menurunkan cermin keretanya untuk memberitahu rider tersebut bahawa itu merupakan jalan sehala dan penghantar makanan itu sedang melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, rider tersebut berang dengan tindakan pemandu kereta tersebut dan melakukan pusingan U untuk berdepan dengan pemandu tersebut.

Selamba lawan arus, rider berang ditegur pemandu

image is not available

Rider itu kemudian berkata apa masalah pemandu tersebut disamping bertanya sama ada pemandu kereta tersebut mahu mencari gaduh dengannya.

Pemandu kereta berkenaan sekali lagi mengulangi kenyataan yang dia cuma mahu menegur kesalahan rider tersebut disamping berkata dia tidak menyangka akan ada kenderaan lain dari arah yang salah.

“Ini jalan sehala, saya tengok sebelah saja. Mana ada gaduh, saya cuma nak bagitau sini jalan sehala. Saya tak marah apa-apa, saya cuma nak beritahu. Saya buka tingkap nak bagitahu je,” kata pemandu kereta tersebut.

Rider berang ditegur pemandu

image is not available

Namun begitu, rider berkenaan seakan-akan tidak mendengar penjelasan pemandu kereta tersebut disamping berulang-ulang menjerit ‘kau rileks’.

Tidak cukup dengan itu, rider tersebut turut berkata-kata kesat terhadap pemandu tersebut sebelum meninggalkan tempat kejadian dan masih menggunakan arah yang salah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meminta Domino Malaysia untuk mengambil tindakan ke atas rider tersebut atas kesalahan yang dilakukannya.

Rider tak ikut peraturan jalan

image is not available

Tak patut ambil kerja orang macam ni

image is not available

Domino, dia ugut orang

image is not available

Tolong buang pekerja ni

image is not available

Domino, kami tunggu kenyataan anda

image is not available

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mengecam tindakan rider tersebut disamping menyindir penghantar makanan itu kerana sudah melakukan salah namun dia pula yang berang.

Siapa tak rileks sekarang? Rider memang tak boleh ditegur

image is not available

Rider berang ditegur pemandu, dorang tak pernah salah

image is not available

Apa benda kau rilek

image is not available

Menerusi tinjauan di media sosial, Domino Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan insiden rider tersebut.

Sumber: X @update11111