Selamba Masak Telur Bawah Matahari, ‘Eksperimen’ Wanita Dari Sabah Ini Curi Tumpuan Netizen

15 May 2023 • 10:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cuaca panas siap boleh masak telur goreng!

Selamba Masak Telur Bawah Matahari, ‘Eksperimen’ Wanita Dari Sabah Ini Curi Tumpuan Netizen. Baru-baru ini KKM telah pun mengeluarkan satu kenyataan di mana 14 kes strok haba telah pun direkodkan disebabkan cuaca yang terlampau panas.

Seorang wanita di Sabah baru-baru ini berjaya membuktikan keadaan cuaca yang terlalu panas dengan selamba meletakkan sebiji telur dibawah cahaya matahari.

Menariknya, telur tersebut berjaya dimasak dengan sempurna tanpa sebarang bantuan daripada dapur gas sebaliknya hanya menggunakan haba dari matahari.

image is not available
Selamba Masak Telur Bawah Matahari, ‘Eksperimen’ Wanita Dari Sabah Ini Curi Tumpuan Netizen. Kredit: Facebook

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh Fatasha Nadia di Facebook.

Difahamkan, beliau menjalankan ‘uji kaji’ nya itu di kediamannya di Kampung Bukau, Beaufort Sabah.

Menurutnya, suhu pada hari itu dikatakan mencecah sehingga 36 darjah Celsius. Beliau mendapat idea dengan meletakkan kuali di bawah matahari pada pukul 1 tengah hari untuk memanaskan minyak masak.

image is not available

Sepuluh minit kemudian, beliau memecahkan telur ke dalam kuali dan memeriksanya setiap beberapa minit.

Pada pukul 3.30 petang, telur tersebut dikatakan siap dimasak.

image is not available

Ini pula reaksi netizen

Walaubagaimana pun, berapa netizen ragu-ragu dengan percubaan itu manakala yang lain teruja untuk mencubanya sendiri.

Ada juga netizen yang kagum dengan percubaan beliau itu kerana kaedah itu menjimatkan gas!

image is not available

Tambnya, ‘eksperimen’ beliau itu mengambil masa dua jam untuk memasak sebiji telur.

Baca lagi artikel menarik: