Selami Budaya Borneo Di Tengah-Tengah Kuala Lumpur!

23 Jun 2022 • 12:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan Intermark Mall

Selami warna dan rasa Borneo, Intermark Mall dengan kerjasama Borneo Street KL mempersembahkan ‘Amazing Borneo’ (AB), pameran kebudayaan Sabah dan Sarawak.

Buat julung kalinya diadakan, pameran ini bakal menampilkan aneka budaya kedua-dua negeri ini melalui pakaian adat, alatan muzik, kraftangan dan sudah tentu makanan yang menawan.

Menawarkan pengalaman yang unik kepada pengunjung, AB bertujuan untuk mempromosikan dan memelihara budaya asli Malaysia Timur sempena perayaan Gawai sepanjang bulan Jun. 

image is not available

Pengunjung boleh merasai pengalaman membeli-belah dengan sentuhan Borneo di Amazing Borneo Gallery, apabila mereka menyertai bengkel dan menyaksikan persembahan kebudayaan. 

Dari demonstrasi menganyam bakul hingga demonstrasi membuat kek lapis Sarawak, galeri ini menjanjikan persembahan warisan dan budaya Malaysia Timur yang mengasyikkan. 

Bagi penggemar kraftangan, kunjungi pula Borneo Artisan Fair by Summer by Aisha di aras satu untuk pilihan kraf tradisional yang menarik.

Untuk peralatan rumah tenunan etnik pula, dapatkan di Living Circles Concept yang menawarkan pelbagai pilihan beg dan bakul rotan anyaman tangan.

image is not available

Intermark Mall berbesar hati meraikan perayaan-perayaan yang diilhamkan daripada budaya-budaya yang terdapat di Malaysia bagi mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unik.

Misalnya, untuk sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, pusat membeli-belah ini mempersembahkan Galeri Opera Opulance yang mempamerkan seni opera tradisional Cina.

Pada Hari Raya pula, Intermark Mall menganjurkan Galeri Meriah Raya yang mengangkat seni warisan wayang kulit yang unik.

image is not available

Amazing Borneo bakal berlangsung sepanjang bulan Jun sehingga 3 Julai 2022. Datanglah beramai-ramai dan pelajari budaya Borneo. Kemasukan adalah percuma! - Getaran, 23 Jun 2022

image is not available

Gambar: Intermark Mall



 

View Original Article