Selangor antara tujuh negeri diramal hujan lebat mulai Selasa

6 Nov 2022 • 10:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir lebih kerap pada sebelah petang hingga malam yang dijangka berlaku di negeri di pantai barat Semenanjung bermula Selasa ini hingga 11 Nov.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri yang terlibat ialah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model, European Centre for Medium-Range Weather Forecasts dan Global Forecast System, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang di pantai timur Semenanjung pada 8 hingga 11 Nov ini,” menurut MetMalaysia.

Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dalam tempoh tersebut.

Jabatan itu turut menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved