Selangor Bakal Membuka Pusat Inkubator AI

TechnologyDigital
15 Nov 2024 • 3:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selangor hari ini mengumumkan Belanjawan Selangor 2025, sekaligus berkongsi sejumlah perkara yang akan menjadi fokus negeri tersebut sepanjang 2025 kelak. Salah satu teras utama yang akan menjadi fokus adalah berkenaan dengan kecerdasan buatan.

Menyentuh mengenainya, Selangor mengatakan bakal melakukan sejumlah inisiatif melibatkan kecerdasan buatan, termasuk akan membuka sebuah Pusat Inkubator AI di Selangor. Pusat berkenaan dijangka akan menjadi bukan sahaja pusat sehenti melibatkan pengembangan idea, tetapi juga menjadi pusat untuk pendidikan dan latihan melaluinya.

Secara keseluruhan, Selangor menyasarkan untuk peruntukkan RM5 juta dibawah inisitiatif AI untuk tahun 2025 kelak. Kerajaan negeri turut mengalakkan pelbagai syarikat turut bekerjasama dalam memajukan gerbang kecerdasan buatan di negeri tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved