Menteri Besar Selangor hari ni berkongsi maklumat berkenaan Projek Solar Skala Besar Bestari, yang bakal menjadi ladang solar terapung terbesar di Malaysia dengan keluasan 430 hektar dan berkapasiti 300MWac. Lebih 80% projek adalah secara terapung, dan selebihnya di atas darat.

Ia turut merupakan antara projek yang terbesar di Asia Tenggara. Apabila siap pembinaan dan operasi kelak, ia akan menjana sekitar 640,000 MWh tenaga bersih setahun yang boleh membekalkan tenaga kepada lebih 150,000 isi rumah.
Pembinaan untuk projek ini dijangka siap pada Julai 2027, dan tanah dipajak kepada pengurus projek untuk tempoh selama 21 tahun lamanya. Langkah pembangunan projek ini juga dijangka akan terus mengurangkan pelepasan karbon, dan pada masa yang sama meningkatkan keselamatan tenaga.
Projek Solar Skala Besar Bestari hanya akan dipintas projek solar terapung Empangan Murum di Kapit Sarawak yang menyasarkan janaan kuasa sehingga 1GW secara lestari menjelang 2030. Rekod ladang solar terapung terbesar dunia pada ketika ini ialah Dezhou China dengan kapasiti 320MW.
Hari ini saya berada di Bestari Jaya bagi menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Solar Skala Besar Bestari, satu mercu tanda baharu dalam usaha memperkukuh ekonomi hijau Selangor serta menyokong peralihan tenaga negara.
Dengan keluasan lebih 430 hektar dan kapasiti 300MWac,… pic.twitter.com/z1HTh7yXJ8


