Selangor belanja RM23 juta subsidi barang keperluan rakyat

12 Jul 2023 • 4:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Infografik mengenai evolusi JER dari 2018 hingga 2023.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membelanjakan hampir RM23 juta dalam bentuk subsidi kepada rakyat yang membeli barang keperluan pada harga jauh lebih murah daripada pasaran.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai bukti kerajaan negeri bertanggungjawab dan mempunyai visi membantu rakyat.

"Pentadbiran ini sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan di Twitter pada Rabu.

Amirudin berkata, Jualan Ehsan Rahmah diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2018 dikenali sebagai Selangor Agro Market (SAM).

"SAM diwujudkan untuk membantu petani menjual lambakan hasil pertanian.

"Kemudian awal 2022, kerajaan negeri memperkenalkan Program Intervensi Ehsan yang menjual ayam, ikan, sayur serta pelbagai barang asas dapur dijual pada harga lebih murah," ujar beliau.

Justeru, katanya, inisiatif itu kemudiannya dikembangkan menjadi Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

"(Menerusi JER) lokasi dan kekerapan jualan ditambah di seluruh Selangor dan menjelang perayaan, lokasi serta kekerapan jelajah digandakan melalui jelajah mega," tambah beliau.

Amirudin memberitahu, kerajaan negeri melaksanakan Jelajah Ehsan Rahmah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tahun ini.

"Jelajah ini digerakkan bersama-sama agar dapat meliputi lebih banyak lokasi seluruh Selangor," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved