Selangor Beli Jetpatcher, Harap Selepas Ini Tiada Masalah Jalan Lubang

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan Selangor sanggup membeli sebuah jetpatcher bernilai RM1 juta untuk melakukan kerja-kerja menurap jalan berlubang di sekitar negeri itu.

Buat permulaan, 'jetpatcher' dari United Kingdom itu akan digunakan untuk menampal jalan berlubang di daerah Kuala Selangor dan kemudian ke daerah lain.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, jetpatcher yang canggih itu bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi kos operasi berbanding kaedah konvensional.

"Jetpatcher ini boleh menyiapkan satu lubang sekitar 10 hingga 15 minit, satu lori ada 2.5 meter padu bancuhan. Kalau operasi tampalan berterusan, 'jetpatcher' boleh menyiapkan 80 lubang sederhana besar dengan tampalan lebih cepat," katanya.

image is not availableimage is not available

Untuk itu, seramai 15 petugas sedang menjalankan latihan untuk mengendalikan 'jetpatcher ini.