Selangor berjaya kutip pendapatan RM2.1 bilion

18 Oct 2022 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amirudin berkongsi pendapatan Selangor setakat Isnin.

SHAH ALAM - Selangor cemerlang di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selepas memperoleh pendapatan melepasi sasaran ditetapkan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peningkatan pendapatan tersebut merupakan kejayaan tiga tahun berturut-turut.

"Alhamdulillah, setakat 17 Oktober lalu, Selangor mencatatkan pendapatan RM2.1 bilion mengatasi sasaran hasil RM2.05 billion pada 2022.

"Pencapaian ini hasil kerja berpasukan yang padu serta pengurusan ekonomi berhemah. Syukur alhamdulillah, " katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial yang mengucapkan tahniah dan syukur.

Bagaimanapun terdapat juga netizen yang bertanyakan fungsi pendapatan tersebut yang tidak digunakan untuk tujuan tambah baik fasiliti dan kemudahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved