Selangor didakwa keluar Liga Malaysia

LocalFootball
12 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Selangor didakwa keluar Liga Malaysia

Tular di media sosial mendakwa gergasi Liga Super, Selangor, sedang 'berbincang' untuk menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M).

Dan, berita itu mendapat perhatian menyeluruh daripada peminat tempatan, sambil masing-masing melontarkan pandangan peribadi mengenai cadangan tersebut.

Gergasi Merah ketika ini menghuni tempat kedua carta liga di belakang juara 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), dengan berkongsi 18 mata.

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu terpaksa berputih mata tersingkir dalam Piala FA susulan tewas di peringkat separuh akhir di tangan Kuching City. Dalam aksi itu terjadi kontroversi pergaduhan di tepi padang membabitkan pemain dan barisan kejurulatihan kedua-dua pasukan. 

Benarkah dakwaan tersebut? Sekiranya ia berlaku, apakah kesinambungannya?

Tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi itu daripada mana-mana pihak setakat ini.

Kali terakhir Selangor menjuarai Liga Super pada 2010. Dan, 2015 merupakan kali terakhir mereka memenangi kejuaraan domestik iaitu Piala Malaysia dengan rekod gelaran 33 kali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved