“Selangor FC Minta Tunda Bukan Mahu Tarik Diri, Tapi MFL Bertindak Ego” – Presiden ASFC

10 May 2024 • 11:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
selangor fc

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid berpendapat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sepatutnya lebih prihatin dengan nasib yang menimpa pemain kebangsaan Faisal Halim baru-baru ini.

Malah, tindakan MFL enggan menunda aksi Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) juga disifatkan sebagai ego.

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, Faizal berkata, pada awalnya Gergasi Merah memohon penundaan tarikh atas faktor keselamatan di mana melibatkan pengurusan, pemain dan juga penyokong.

Namun, MFL menolak permohonan tersebut sekali gus menyebabkan Selangor FC membuat keputusan tidak hadir ke perlawanan tersebut.

image is not available

Selangor FC minta tunda bukan mahu tarik diri, tapi MFL bertindak ego dan tidak memberikan penundaan. MFL patut benarkan perlawanan penundaan dan cari tarikh yang sesuai.

Katanya lagi, MFL sepatutnya prihatin dengan isi kemanusiaan bukan mengejar penajaan semata-mata. Tambahnya, dengan insiden ugutan dan simbah asid baru-baru ini, nilai solidariti perlu menjadi keutamaan.

Jangan sampai penyokong muak dengan semua ini dan tak mahu datang ke stadium lagi.

Terdahulu, tular di media sosial insiden jenayah melibatkan Faisal Halim serta ancaman kepada pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam.

Ini menimbulkan rasa gusar pemain, pengurusan serta peminat bola sepak tanah air.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.