Selangor FC pesta gol, belasah Kelantan TRW 6-0

LocalFootball
24 Apr 2026 • 11:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Momentum Selangor terus memuncak apabila Flores Moreas meledak dua gol pantas. Foto Stadium Astro

KOTA BHARU  - Kelantan The Real Warriors FC (TRW) gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila kecundang 0-6 kepada Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Sejak wisel permulaan, skuad pelawat tampil agresif dengan melancarkan asakan bertali arus ke kubu tuan rumah, manakala Kelantan lebih banyak bergantung kepada serangan balas untuk mencari ruang.

Kelantan hampir mengejutkan pelawat pada minit ke-12, namun rembatan penyerang Muhammad Asraf Aliffuddin dari dalam kotak penalti tersasar di sebelah kanan gawang Selangor.

Selangor membuka tirai jaringan menerusi Kim Jiho yang tenang menyempurnakan peluang dalam kotak penalti selepas kegagalan pertahanan tuan rumah mengeluarkan bola dengan kemas.

Momentum Selangor terus memuncak apabila Flores Moreas meledak dua gol pantas, masing-masing menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 sebelum menanduk masuk gol ketiga tiga minit kemudian hasil hantaran lintang dari sebelah kanan.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menguasai permainan apabila Kelantan dihukum dengan gol sendiri oleh Alexander Yeoule pada minit ke-58, sebelum Alvin Fortes menambah jaringan kelima lima minit kemudian.

Flores melengkapkan hatrik peribadi pada minit ke-65 untuk gol keenam Selangor, sekali gus menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya buat pelawat yang jelas mendominasi sepanjang 90 minit permainan.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved