Selangor Fruit Valley tawar pakej lawatan, berbuka puasa sepanjang Ramadan

1 Apr 2023 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 APRIL: Selangor Fruit Valley (SFV) menawarkan pakej lawatan dan berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Penolong Pengurusnya Norfaizul Hamzah berkata pakej ditawarkan berharga RM55 untuk dewasa dan kanak-kanak (RM40).

“Melalui pakej ini pengunjung akan dibawa melawat sekitar SFV sebelum dibawa ke pavilion untuk berbuka puasa.

“Pengunjung akan dihidangkan 12 jenis lauk, pencuci mulut dan pelbagai buah-buahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Norfaizul, pakej lawatan dan berbuka puasa bermula 4 petang setiap hari kecuali Jumaat (tutup).

Ujarnya pengunjung yang berminat untuk membeli pakej ini perlu membuat tempahan dengan menghubungi talian 019-320 0159 (Faizul) atau 016-281 6884 (Shida).

“Kami juga mengalu-alukan individu yang ingin membeli pakej ini bagi menaja lawatan dan berbuka puasa untuk anak-anak yatim,” tambahnya.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai 9 pagi hingga 2.30 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis sepanjang Ramadan.

Bermula Oktober tahun lalu harga tiket bagi pelancong domestik ialah RM15 (kanak-kanak dan warga emas) serta RM20 (dewasa).

Manakala kategori sama untuk pelancong antarabangsa pula RM30 dan RM40.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved