Selangor Gema Insan 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Jumaat, Sabtu ini

12 Oct 2022 • 1:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

HAH ALAM, 12 OKT: Kerajaan Negeri menganjurkan program Selangor Gema Insan 2022 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini, mulai 6 petang hingga 12 tengah malam.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga disediakan antaranya forum perdana, konsert nasyid dan pertandingan qasidah serta nasyid.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang berjumpa dengan kumpulan nasyid Hijjaz, Rabbani selain pendakwah terkenal Ustaz Haslin Bollywood, Dr Izhar Aruff dan Pencetus Ummah (PU) Hafiz.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman turut dijadual hadir memeriahkan program tersebut.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved