
SHAH ALAM, 4 FEB: Kerajaan Selangor meluluskan sejumlah peruntukan bagi menambah baik kemudahan dan memenuhi keperluan semasa di Zoo Negara.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu juga bagi memastikan keselesaan pengunjung yang semakin bertambah.

“Insya-Allah Kerajaan Negeri bersedia untuk menambah baik kemudahan di Zoo Negara yang terletak di Selangor sesuai dengan penambahan jumlah pengunjung dan keperluan semasa,” katanya di Facebook.
Pada 27 Januari lalu, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan pusat terbabit selain penambahan RM5 juta lagi dana terkumpul menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah itu akan dikawal bersama pentadbiran Selangor serta jawatan kuasa Zoo Negara.
The post Selangor lulus peruntukan tambah baik kemudahan Zoo Negara appeared first on Selangorkini.


