Selangor mahu perluas program cegah penyakit, kurang beban sektor kesihatan

23 Oct 2024 • 1:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

CYBERJAYA, 23 OKT: Selangor berhasrat memperluas program kesihatan bersifat pencegahan penyakit sebagai strategi mengurangkan beban dihadapi sektor kesihatan negara ketika ini.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata negeri menumpukan untuk menyokong masyarakat melalui pengesanan awal bagi memastikan kelestarian jangka panjang penjagaan kesihatan.

“Menerusi isu pencegahan penyakit lebih awal, kita bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa tetapi juga mengurangkan tekanan dan beban terhadap hospital serta klinik awam,” katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan Persidangan Kesihatan Awam di Universiti Cyberjaya di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar.

image is not available
EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berucap sempena perasmian Persidangan Kesihatan Awam Selangor di Universiti Cyberjaya pada 23 Oktober 2024. FOTO HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata sidang julung kali selama dua hari bermula hari ini mengumpul maklum balas bagi meningkatkan inisiatif sedia ada dan meneroka idea baharu penjagaan kesihatan.

Berikutan itu, beliau berharap semua pihak berkepentingan termasuk pelajar perubatan memainkan peranan dalam memastikan sistem penjagaan kesihatan negara kekal mampan dan berdaya tahan.

Jelasnya, sistem penjagaan kesihatan yang ideal bukan sahaja merawat penyakit tetapi memberi tumpuan kepada pencegahan bagi membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa.

“Kesihatan awam adalah teras masyarakat yang makmur, meliputi bukan sahaja ketiadaan penyakit, tetapi kesejahteraan keseluruhan individu dan komuniti,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved