Selangor, MOTAC perkukuh kerjasama, pastikan kelancaran Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya Asean

17 Sep 2025 • 5:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 SEPT: Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memperkukuh kerjasama strategik menjelang penganjuran Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya Asean (ASCC) Ke-34.

Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan telah menerima kunjungan hormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Tiong King Sing bersama delegasi MOTAC di Bangunan SUK Selangor pagi tadi.

"Kerajaan Negeri menyambut baik perbincangan ini dan komited untuk bersama-sama memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran program ini," katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Selain itu, katanya perbincangan itu turut memperkukuh potensi dalam mempromosikan sektor pelancongan seiring pelaksanaan Tahun Melawat Selangor 2025.

Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya Asean (ASCC) Ke-34 dijadual berlangsung pada Oktober ini di Bandar Sunway sekali gus mengangkat Selangor sebagai tuan rumah utama program peringkat serantau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved