Selangor, PDRM berentap final Piala Cabaran

LocalFootball
2 Feb 2025 • 11:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fortes (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Penang dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. Foto Selangor FC

SELANGOR FC mara ke perlawanan akhir Piala Cabaran selepas menewaskan Penang FC dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad.

Kemenangan itu yang dijelmakan Alvin Fortes minit ke-66 tersebut membolehkan Selangor kendalian Kinoshi Katsuhito berdepan penyandang juara PDRM FC yang menang ke atas Kedah Darul Aman FC pada Sabtu.

PDRM kendalian P Maniam menempah slot final setelah menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 di Stadium Darul Aman selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 untuk agregat 4-4.

The Red Giants mengesahkan slot perlawanan akhir selepas menewaskan Harimau Kumbang bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail dengan agregat 2-0 selepas menang 1-0 aksi separuh akhir kedua.

Separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Bandaraya pada 19 Januari lalu, Selangor menang 1-0 hasil jaringan sendiri kapten Penang, Rafael Vitor separuh masa pertama yang tertampan hantaran lintang Quentin Cheng.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung secara timbal balik bermula dengan final pertama pada 15 Februari diikuti final kedua pada 22 Februari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved