Selangor perkasa pendidikan, sedia sumber manusia majukan negeri

5 May 2024 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

HULU SELANGOR, 5 MEI: Sektor pendidikan terus diperkasa bagi menyediakan sumber manusia yang mampu membantu memajukan negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata pentadbirannya menyediakan pelbagai inisiatif bagi pembangunan sektor pendidikan termasuk bantuan kepada pelajar.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Pendidik dan Jemaah Haji Muassasah Peringkat Daerah Hulu Selangor di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali pada 5 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Bila sebut pembangunan, bukan hanya ekonomi sahaja tetapi juga pendidikan. Kalau terima pelaburan besar tetapi tiada sumber manusia, ia tidak membantu. Tak boleh isi peluang kerja.

“Sebab itu Selangor laksanakan pelbagai inisiatif pendidikan termasuk hari ini. Sumbangkan kepada kepada pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), dah lama diluluskan cuma baharu sampaikan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap ketika sambutan Aidilfitri bersama komuniti pendidikan dan bakal jemaah haji di Dewan Dato’ Abdul Hamid di sini.

Dalam majlis berkenaan Amirudin menyerahkan cek cura RM54,000 kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Hanisah Mohd Ali untuk diagih kepada PIBG sekolah sekitar daerah ini.

Selain itu, 222 bakal jemaah haji turut menerima sekitar daerah ini menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 setiap seorang hari ini.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (hadapan, tengah) bergambar bersama penerima ketika majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Pendidik dan Jemaah Haji Muassasah Peringkat Daerah Hulu Selangor di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali pada 5 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Ramadan lalu, Amirudin mengumumkan sumbangan RM840,000 untuk diagih kepada PIBG di 840 sekolah menengah dan rendah seluruh negeri.

Belanjawan tahun ini, Selangor memperuntuk hampir RM100 juta bagi pembangunan pendidikan dan bantuan persediaan pelajar.

Ia termasuk RM9 juta untuk Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor merangkumi peduli siswa, program khas dan pinjaman bolah ubah selain RM5 juta (Bayu) dan RM3 juta bagi Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi Selangor.