Selangor perkukuh sektor pelaburan menerusi perjanjian jual beli tanah industri di Banting

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor perkukuh sektor pelaburan menerusi perjanjian jual beli tanah industri di Banting

SHAH ALAM, 30 JULAI: Selangor terus memperkukuh sektor pelaburannya menerusi pemeteraian Perjanjian Jual Beli (SPA) antara Lion Group Property dan Outdo Property Sdn Bhd bagi pengambilalihan tanah perindustrian seluas 10 ekar di Banting Industrial City (BIC).

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata pemeteraian perjanjian itu merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkukuh kedudukan negeri sebagai destinasi pilihan pelabur.

"Peristiwa penting ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan pilihan," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Image from: Selangor perkukuh sektor pelaburan menerusi perjanjian jual beli tanah industri di Banting
Wakil Lion Group Property dan Outdo Property Sdn Bhd menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi pengambilalihan tanah perindustrian di Banting Industrial City. Foto Facebook NG SZE HAN

Beliau berkata Kerajaan Negeri kekal komited memudah cara pelaburan berkualiti yang mampu menjana peluang pekerjaan berkualiti, memperkukuh industri tempatan serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan.

Sze Han turut menghadiri majlis berkenaan dan menyaksikan pemeteraian SPA antara Lion Group Property dan Outdo Property Sdn Bhd di BIC hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved