Selangor pertimbang tambah bantuan khas penjawat awam

26 Feb 2025 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 26 FEB: Kerajaan Negeri mempertimbang untuk menambah bantuan khas kewangan (BKK) kepada penjawat awam dan Ahli Dewan Negeri (ADN) bulan depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara ini akan dibawa ke mesyuarat EXCO untuk pembayaran BKK 2.0 dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan Negeri akan meluluskan ataupun melunaskan janji pada 25 Mac depan untuk pembayaran BKK sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam di Selangor.

“Ada lagi berita baik sebenarnya saya nak maklumkan pihak Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan selain daripada BKK, kita akan memberikan tambahan duit raya kepada seluruh penjawat awam termasuk seluruh ADN,” katanya pada Sidang Dewan Negeri hari ini sebelum ditangguhkan.

Pada masa sama, Amirudin turut mengucap selamat menyambut Ramadan dan menjalani ibadah puasa kepada wakil rakyat beragama Islam di negeri ini.

Sebelum ini, menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Amirudin mengumumkan pemberian BKK 2024 sebanyak dua bulan kepada semua penjawat awam yang akan dibayar secara berperingkat.

BKK pertama dibayar pada 30 Disember lalu dan seterusnya pada 25 Mac depan sempena sambutan Aidilfitri.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved