Selangor peruntuk RM3 juta sedia geran galak penyelidikan, hasil penemuan baharu

25 Nov 2022 • 6:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 NOV: Bagi menggalakkan program penyelidikan menjadi lebih inovatif, Kerajaan Negeri menyediakan geran dengan peruntukan RM3 juta.

Dato’ Menteri Besar berkata Geran Penyelidikan Negeri Selangor yang disalur tahun ini dan 2023 itu khusus bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang sains dan teknologi.

“Kerajaan Negeri Selangor amat komited dalam membantu mahasiswa dan penyelidik anak Negeri Selangor sepanjang pengajian mereka di universiti termasuk dalam bidang penyelidikan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

“Bidang penyelidikan merupakan tunjang penting dalam menghasilkan penemuan-penemuan baharu dalam pelbagai aspek sains dan teknologi seterusnya menjamin kelestarian kehidupan masa hadapan dan membantu generasi ini lebih maju dan berdaya saing.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved