Selangor raih tiga mata, benam Star City 1-0

LocalFootball
1 Nov 2026 • 11:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Selangor raih tiga mata, benam Star City 1-0

PETALING JAYA: Hugo Boumous muncul wira Selangor FC apabila gol tunggalnya pada minit ke-16 membantu Gergasi merah menewaskan Star City FC 1-0 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Kemenangan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon mencatat kemenangan keenam musim ini dalam saingan Liga Super.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah kerana Gergasi Merah terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung perlawanan selepas Chrigor Moraes dilayangkan kad merah pada minit ke-81.

Situasi itu menyaksikan anak buah Pan Gon terpaksa bekerja keras di benteng pertahanan untuk mengekalkan kelebihan sehingga wisel penamat dibunyikan untuk mereka meraih tiga mata penuh.

Dalam satu lagi aksi berasingan, Melaka FC turut meneruskan momentum positif apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya.

Tuan rumah terlebih dahulu mendahului menerusi sepakan penalti Stefano Brundo pada minit ke-62 sebelum Kpah Sherman menyamakan kedudukan pada minit ke-72.

Abdel Kader Coulibaly kemudian muncul wira Melaka apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90 untuk memastikan tiga mata menjadi milik pelawat.- UTUSAN

The post Selangor raih tiga mata, benam Star City 1-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved