Selangor sambut baik kenaikan geran perkapitan kepada negeri

11 Mar 2025 • 6:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 11 MAC: Kerajaan Selangor menyambut baik kenaikan 25 peratus Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau geran per kapita kepada semua negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada bukti reformasi kerajaan yang signifikan dari sudut pengagihan yang adil kepada negeri.

“Saya rasa ia memberikan tambahan nilai kepada semua negeri dan ini menunjukkan keadilan kerajaan Persekutuan dalam memastikan setiap rakyat dapat perhatian sebaiknya.

“Secara asasnya kita akan gunakan peningkatan itu untuk tambah baik perkhidmatan kepada rakyat terutamanya dalam infrastruktur, menangani isu banjir dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Beliau ditemui pada majlis pemeteraian kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Sumber Manusia menerusi program Jelajah Wanita MyWira di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Pada 6 Mac lalu, kerajaan mengumumkan Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau geran per kapita kepada negeri dinaikkan sebanyak 25 peratus kepada RM548 juta.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada perdana menteri, Tunku Nashrul Abaidah dilapor berkata, perkara itu antara persetujuan utama yang diluluskan dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2025 yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved