Selangor sasar semua PBT capai taraf lima bintang, kekal prestasi baik

29 Oct 2024 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 29 OKT: Kerajaan Negeri akan memastikan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) mencapai taraf lima bintang bagi Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) dilaksana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata ia membabitkan semua aspek termasuk lima bintang daripada segi perkhidmatan, tahap kepuasan pengguna dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Semua PBT di Selangor berusaha mencapai penarafan lebih tinggi, memang (kadangkala) ada turun naik disebabkan isu tertentu seperti ketelusan, rasuah mahupun isu-isu terpencil.

“Namun saya yakin PBT di Selangor mampu mengekalkan prestasi baik dan pada masa sama dapat tingkatkan penarafan itu ke arah lima bintang,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Menteri KPKT berkata sebanyak 12 PBT telah dijatuhkan taraf Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) selepas elemen antirasuah dimasukkan dalam sistem penilaian itu yang bermula tahun ini.

Nga Kor Ming berkata elemen itu dimasukkan bertujuan memastikan negara ini dapat melonjak daripada kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah selari dengan Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved