Selangor tertinggi dikunjungi pelawat domestik

28 Jun 2023 • 9:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Infografik DOSM menunjukkan Selangor mengungguli negeri tumpuan pelawat pada tahun lalu.

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan rekod tertinggi dikunjungi pelawat domestik sepanjang tahun lalu.

Tourism Selangor memaklumkan, seramai 22 juta pelancong domestik mengunjungi negeri berkenaan.

"Merujuk laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporannya, survei pelancongan domestik menunjukkan Selangor mengungguli negeri tumpuan pelawat," katanya dalam hantaran di Twitter.

Menerusi info grafik itu, seramai 16.9 juta pelawat berkunjung ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 15.5 juta lagi pengunjung melawat Sarawak.

Selain itu, pengunjung ke Perak pula seramai 14.6 juta dan seramai 13.2 juta pelawat berkunjung ke Pahang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved