Selangor teruskan skim pemberian air percuma

LocalPolitics
21 Nov 2023 • 5:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amirudin Shari

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan meneruskan skim pemberian air percuma kepada rakyat namun turut mempertimbangkan menaikkan tarif air bagi memastikan operasi pembekalan air bersih dapat dijalankan dengan lancar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua menteri besar termasuk negeri diperintah Perikatan Nasional (PN) mengakui peningkatan tarif amat penting dalam memastikan kelestarian penyampaian bekalan air tersebut.

Jelasnya, Johor adalah contoh negeri yang berjaya menggantikan ribuan paip air baharu setelah kerajaan negeri itu berjaya menaikkan tarif tersebut sebelum tahun 2018.

“Pahang dan Perlis kini terpaksa menanggung hutang (menguruskan air) kerana tidak dapat menaikkan tarif air sejak 30 tahun lalu.

“Justeru, di samping memberikan air percuma, kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menaikkan tarif air,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selasa.

Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua bagaimanapun memaklumkan kerajaan negeri perlu berbincang dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum tarif air itu dinaikkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved