Selangor Wajibkan Pengendali Makanan Pakai Pelitup Muka Mulai 1 Januari 2023

29 Dec 2022 • 10:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memberi peringatan kepada semua penyedia dan pengendali makanan di Selangor untuk mematuhi arahan pemakaian pelitup muka mulai 1 Jan ini.

Menurut hantaran MPS di Facebook, perkara berkenaan merujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan pemakaian pelitup muka ke atas penyedia dan pengendali makanan dan minuman di negeri tersebut yang berkuatkuasa mulai awal tahun depan.

Katanya lagi, tindakan mandatori ini merupakan salah satu satu kaedah untuk menjaga kebersihan dari segi penyediaan dan pengendalian makanan kepada para pengguna.

Pihak PMS turut mmengaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini.

“Tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan,” tegas MPS dalam kenyataan di laman Facebook.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melakukan peningkatan terhadap penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha perniagaan melibatkan beberapa restoran, gerai dan sebagainya, yang akan bermula pada tahun depan.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata, pemantauan dan penguatkuasaan akan dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Pelesenan dan Penjaja dibantu Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, lapor Selangorkini.

Sumber: Majlis Pembandaran Selayang (MPS) via Facebook & Selangorkini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved