Selaras Malaysia, Umat Islam Di Jepun Sambut 1 Syawal Pada Sabtu, Esok

20 Mar 2026 • 11:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Selaras Malaysia, Umat Islam Di Jepun Sambut 1 Syawal Pada Sabtu, Esok

TOKYO -- Seluruh umat Islam di Jepun, bakal menyambut 1 Syawal pada hari Sabtu, 21 Mac 2026.

Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Ru'yatul Hilal Jepun (RHCJ) dalam satu kenyataan.

"Jawatankuasa Ru'yatul Hilal Jepun dengan sukacitanya mengumumkan bahawa 1 Ramadan Al-Mubarak, 1447 Hijriah jatuh pada hari Sabtu, 21 Mac 2026 di Jepun.

"Hal ini memandangkan hilal (anak bulan) tidak kelihatan di Jepun mahupun di Malaysia pada 29 Ramadan 1447H (19 Mac 2026).

"Oleh itu, berdasarkan Fatwa Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dan para ulama, kami mengikut pihak berkuasa agama Islam Malaysia dalam kes ini.

"Maka, hari Jumaat adalah bersamaan 30 Ramadan 1447H (20 Mac 2026).

"R.H.C.J. ingin menyampaikan ucapan selamat kepada anda dan seluruh umat Islam sempena Aidilfitri," maklum kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved