Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

Entertainment
16 Jun 2024 • 8:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Panggilan haji telah tiba lagi, dan tahun ini jutaan umat Islam di seluruh dunia terbang ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima. 

Tidak terkecuali beberapa selebriti popular Malaysia yang dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya menunaikan haji tahun ini.

Berikut adalah senarai selebriti popular tanah air yang menunaikan haji tahun ini:

1. Wan Maimunah

Aktres veteran ini meluahkan rasa syukur sehingga menitiskan air mata saat memberitahu media dia bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. 

image is not available

2. Datuk Amy Search 

Sewaktu majlis rumah terbuka bersama kumpulan Search, Amy memberitahu pihak media bahawa dia akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Menurut Amy dia sepatutnya menunaikan ibadah haji pada tahun 2019 tetapi mempunyai masalah dengan visanya ketika itu. 

image is not available

3. Datin Alyah

Ketika masih dalam rancangan The Hardest Singing Show, tiba-tiba Alyah mengumumkan terpaksa menarik diri kerana mendapat panggilan untuk menunaikan haji. Dia hanya sempat beraksi pada minggu pertama. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)


4. Johan Raja Lawak Dan Ozlynn

Pasangan suami isteri ini berkongsi khabar gembira apabila mendapat jemputan khas daripada  Kementerian Media Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini. Johan hampir terlepas menaiki pesawat gara-gara masalah nama pada visanya. 

5. Elfira Loy 

Selain Johan dan isterinya, seorang lagi selebriti terkenal tanah air iaitu Elfira Loy turut mendapat jemputan yang sama dari Kementerian Media Kerajaan Arab Saudi. Elfira menerusi hantaran di Instagram dilihat tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana dijemput menjadi tetamu Allah tahun ini. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by @elfiraloy

6. Penyampai radio Zayan, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI turut menjadi antara tetamu Allah yang terpilih tahun ini untuk mengerjakan haji. Faizal menunaikan haji bersama isterinya. 

Semoga kesemua selebriti ini dan seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur. - Getaran, 16 Jun 2024 

Foto : Instagram