Selebriti Terkenal Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang Seksual Di Hotel Petaling Jaya

LocalEntertainment
4 Jun 2025 • 5:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi terkenal telah ditahan polis selepas melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor, semalam.

image is not available

gambar hiasan

Mangsa yang berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu.

image is not available

gambar hiasan

Menurutnya, suspek membawa mangsa bertemu di sebuah hotel selepas beberapa kali berjumpa.

Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.

 

Suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Penampilan Fattah Amin Di LIMA '25 Raih Perhatian Netizen - "Tak Nampak Macam Artis, Nampak Macam Real Pilot.."