Selenggara Jalan Raya Untuk Setahun, KKR Perlukan RM4 Bilion

LocalBusiness & Finance
4 Aug 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengakui pihaknya memerlukan peruntukan sehingga RM4 bilion setahun bagi menyempurnakan aspek penyelenggaraan jalan raya di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata namun KKR hanya memperoleh peruntukan tahunan kira-kira 30 peratus daripada jumlah RM4 bilion itu untuk membaiki jalan persekutuan, di bawah tanggungjawab kementerian terbabit.

Atas dasar itu, beliau mengakui KKR berdepan cabaran untuk memastikan semua jalan raya di bawah pentadbiran kementerian terbabit dapat diselenggara dengan baik.

"Kita selalu membuat permohonan peruntukan untuk tambah baik penyelenggaraan jalan. Itu memang kita memohonnya secara bersungguh-sungguh kerana penyelenggaraan jalan ini memerlukan peruntukan RM4 bilion.

image is not available

"Tetapi kebiasaannya kita dapat hanya 30 peratus atau kurang daripada peratusan itu yang diluluskan dalam belanjawan tahunan. Kalau boleh jurang itu dapat dirapatkan kerana kita memerlukan lebih dana untuk tujuan ini," katanya pada program Podcast BH Borak Harini bertajuk 'Salah jalan atau salah orang punca ramai mati di jalan'.

Pada belanjawan tahun ini, KKR menerima RM10.35 bilion peruntukan keseluruhan iaitu kenaikan sembilan peratus berbanding RM9.511 bilion pada 2024.

Alexander berkata, peruntukan RM4 bilion itu bukan sahaja diperlukan bagi kerja membaiki jalan, namun juga pembinaan semula kemudahan itu kerana usianya yang semakin menua.