Selepas 11 Tahun, Ailee Akan Kembali Temui Peminat Di Malaysia Dengan Konsert ‘I AM: Here’

Music
26 Feb 2024 • 10:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Ailee bakal kembali dengan konsert jelajah di Kuala Lumpur dan harga tiket bermula serendah RM288!

Pada 24 Februari, penyanyi solo wanita terkenal Korea, Ailee, telah mengumumkan bahawa dia akan kembali menemui peminat di Kuala Lumpur.

Penyanyi yang dikenali ramai disebabkan dengan vokal hebatnya itu bakal melakukan konsert jelajah “I AM: Here”, 11 tahun selepas kemunculannya yang terakhir di Malaysia pada tahun 2013.

Buat peminat yang telah lama menantikan kemunculan Ailee, konsert ini akan diadakan pada 22 Jun 2024 bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Tidak ketinggalan, harga tiket telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu SUPER AILEEANS/ VIP (RM858), CAT 1 (RM628), CAT 2 (RM528), CAT 3 (RM428), CAT 4 (RM358) dan CAT 5 (RM288).

Jualan tiket akan dimulakan secara rasmi di laman web LOL Asia pada 2 Mac ini bermula jam 12 tengah hari. Jadi buat peminat yang dah lama meminati Ailee, jangan lepaskan peluang anda!

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.