Selepas 13 tahun! Geran KRT dinaikkan ke RM10,000 mulai 2027

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 7:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan MADANI mengumumkan peningkatan Geran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Aktif daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun mulai 2027 menerusi Belanjawan 2027, sekali gus memberi lebih ruang kepada komuniti setempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Penghargaan kepada PM Anwar

Susulan daripada itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan telah merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen menunaikan janji kepada warga KRT menerusi peningkatan geran berkenaan sebanyak 66.7 peratus.

Menurutnya, peningkatan itu merupakan pencapaian penting dalam sejarah pembangunan Rukun Tetangga negara, selain mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan warga KRT dalam memupuk perpaduan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti di peringkat akar umbi.

 

Image from: Selepas 13 tahun! Geran KRT dinaikkan ke RM10,000 mulai 2027

Foto: FB Aaron Ago Dagang

Selepas 13 tahun

Untuk rekod, kadar Geran KRT Aktif pernah dinaikkan daripada RM4,800 pada 2008 kepada RM6,000 pada 2013, sebelum kadar baharu RM10,000 setahun diperkenalkan mulai 2027 selepas lebih sedekad kekal pada jumlah sebelumnya.

Dalam pada masa yang sama, Kementerian Perpaduan Negara menegaskan komitmen untuk memperkasakan KRT sebagai penggerak perpaduan, keselamatan, kesejahteraan, pembangunan ekonomi dan daya tahan sosial masyarakat setempat.

Malah, lebih 100,000 aktiviti KRT telah dilaksanakan di seluruh negara pada tahun lalu, membuktikan penglibatan aktif warga Rukun Tetangga dalam membangunkan komuniti masing-masing.

Image from: Selepas 13 tahun! Geran KRT dinaikkan ke RM10,000 mulai 2027

Selain itu, peruntukan kerajaan kepada KRT dilihat sebagai pelaburan sosial yang mampu memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat, termasuk menerusi projek ekonomi komuniti, penjanaan pendapatan, pembangunan keusahawanan setempat dan aktiviti kebajikan.

Dalam Belanjawan 2027 juga, kerajaan turut memberi perhatian kepada pengukuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) melalui penyediaan peralatan dan kelengkapan bagi meningkatkan keberkesanan rondaan serta keselamatan komuniti.

Oleh itu, Kementerian Perpaduan Negara akan terus memastikan peningkatan geran dan sokongan kepada SRS dimanfaatkan menerusi pelaksanaan program yang berimpak, pengurusan berakauntabiliti serta inisiatif yang memberikan manfaat langsung kepada masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved