Selepas 18 Tahun Berkhidmat, Cikgu Fadli Salleh Pilih Bersara Awal

6 Feb 2024 • 9:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Selepas 18 Tahun Berkhidmat, Cikgu Fadli Salleh Pilih Bersara Awal

Seorang cikgu yang cukup dikenali di media sosial, Cikgu Mohd Fadli Salleh dilapor mengambil keputusan untuk bersara awal hari ini.

Berita mengejutkan tersebut dikongsikan oleh rakannya, yang juga pempengaruh media sosial, Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebook, sebentar tadi.

“Selamat bersara Cikgu Mohd Fadli Salleh. Bersara pilihan. Semoga terus menyumbang bakti dalam bidang pendidikan,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, sekeping gambar yang menunjukkan kain rentang atau ‘banner’ yang bertulis selamat bersara turut dikongsikan.

Difahamkan, Cikgu Fadli menamatkan perkhidmatan sebagai pendidik di sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Selangor.

Turut menulis coretan penghargaan

Meninjau ke laman Facebook milik Cikgu Mohd Fadli Salleh pula, beliau sempat berkongsikan coretan ringkas sepanjang berkhidmat sebagai seorang cikgu.

“3 Januari 2006. Melapor diri di Sk, Mambang, Pekan, Pahang. Disember 2009, melapor diri di Sk Taman Melawati 2.

“Oktober 2016 – Februari 2023. Sk 1 Gombak pula terima diri ini.

“Banyak sebenarnya ingin ditulis, tapi aku tak tahu di mana perlu bermula. Ah, biarlah aku pendam sahaja segalanya,” tulis perkongsian cikgu tersebut.

Selain itu, beliau juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang berada bersamanya sepanjang 18 tahun berkhidmat.

“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa.

“Izinkan daku mengundur diri,” katanya lagi.

image is not available

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, beliau turut tampil memberi sedikit penjelasan tentang keputusannya untuk bersara awal.

Beliau menegaskan keputusan itu dibuat bukan kerana merasa kecewa dengan mana-mana pihak.

“Bahkan, saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan,” tegasnya.

Cikgu Fadli Salleh juga memberitahu bahawa beliau akan terus berada dalam bidang pendidikan, cumanya di haluan yang berbeza.

“Suara saya akan sentiasa ada,” akhiri beliau.

image is not available

Cikgu Fadli Salleh merupakan seorang pempengaruh yang sering berkongsi info-info berkenaan dunia pendidikan di media sosial.