Selepas 2 Tahun Debut, KEP1ER Dilapor Bakal Bubar Julai Ini

Music
25 Apr 2024 • 11:24 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 2 tahun, kumpulan KEP1ER akan dibubarkan tak lama lagi.

Menurut laporan media pada 25 April, kumpulan yang ditubuhkan dari program survival Mnet “Girls Planet 999” iaitu KEP1ER akan menamatkan kesemua aktiviti pada Julai ini.

Sebelum bubar, kumpulan itu berhasrat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada peminat, dengan mengeluarkan album dan mengadakan konsert solo.

Untuk pengetahuan, KEP1ER debut pada Januari 2022 dan telah menandatangani kontrak untuk tempoh 2 tahun dan 6 bulan.

image is not available

Bagaimanapun, agensi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lagi setakat ini mengenai laporan berkenaan.

Bertabah tau Kep1ian..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.