Selepas 2 Tahun Menyepi, Kim Jisoo Dijangka Akan Kembali Berlakon?

Entertainment
2 Jan 2024 • 1:00 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Berita baik!

Sebelum ini, Ji-soo pernah dituduh menjadi pembuli ketika dia di sekolah namun, dia tampil memberi kenyataan bahawa tuduhan itu tidak benar. Tambahan lagi, disebabkan oleh skandal itu, kontraknya bersama syarikat KEYEAST Entertainment telah ditamatkan dan dia tidak mendapat tawaran untuk berlakon.

Namun pada 2 Januari, Ji-soo ada memuat naik sekeping foto bersama kapsyen,

Tahun Baru, Permulaan Baru. Harapkan yang terbaik untuk tahun 2024.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jisoo Kim (@actor_jisoo)

Melalui posting tersebut, peminat menjangkakan bahawa ada kemungkinan pelakon kacak itu bakal berlakon semula selepas terpalit dengan kes buli.

Selain itu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan memberi sokongan kepadanya dengan menghantar komen seperti,

Saya akan sentiasa tunggu lakonan terbaru kamu.

Tak sabar nak tengok kamu berlakon balik.

Sangat kacak!

Oppa, saya sentiasa sokong kamu.

Peminat semestinya ternanti-nanti untuk menyaksikan lakonan hebat Ji-soo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.